Connect with us

Oh! Media

“Saya Hanya Ada Kereta Buruk” – Lelaki Sedih Penghuni PPR Patahkan Cermin Sisi Kereta, Siap Dapat Surat Amaran

Cermin Kereta Patah

Oh! Tidak

“Saya Hanya Ada Kereta Buruk” – Lelaki Sedih Penghuni PPR Patahkan Cermin Sisi Kereta, Siap Dapat Surat Amaran

Masalah parkir dekat kawasan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) memang tak akan pernah selesai dan kadang-kadang tu sampai ada yang sanggup ambil risiko parkir di tempat larangan. Tapi itu bukanlah tiket untuk orang lain rosakkan kenderaan berkenaan.

BACA: “RM124 Je Sebulan” – Tak Bayar Sewa PPR 8 Bulan, Wanita Mengamuk Bila Penguatkuasa Terjah Rumah

Menerusi laporan mStar, seorang individu dikenali sebagai Jan Sa’ari meluahkan rasa kecewanya apabila cermin sisi keretanya dipatahkan hanya sebab parkir di tepi simpang tiga berdekatan PPR Lembah Subang 2.

IKLAN

Lebih sedih lagi, Jan juga berkongsi dia hanya menumpang di rumah kakaknya dan baru kehilangan ibu dua minggu sebelum kejadian.

Saya bukanlah orang kaya. Saya hanya ada kereta buruk, Perodua Kancil.

Malam tadi, puas saya mencari parking dan terpaksa parking di tepi simpang tiga. Side mirror saya lipat dan handbrake saya turunkan. Kalau kereta saya menganggu lalu lintas, mereka boleh tolak kereta saya ke depan.

Ppar lembah subang

Katanya ketika dia mahu mengalihkan keretanya, Jan terjumpa nota amaran yang diletakkan di kereta berkenaan.

Lain kali jangan parking kat sini. Kalau sayang kereta, kalau orang tak parking… Awak pun jangan pandai-pandai park kat sini. Amaran pertama.

Sedih sebab kereta banyak berjasa dengan mak

Dia juga menyatakan jika dia salah, penduduk boleh beritahu dalam group WhatsApp yang ada supaya dia peka dengan perkara itu.

Apa patut saya buat ye? Kereta inilah saya gunakan untuk ulang alik, bawa mak ke hospital sampailah dia pergi.

Allahu… Kesiannya abang ni, sudahlah baru kehilangan mak, diuji pula dengan perkara macam ni. Sepatutnya kalau rasa perkara tu salah, teruslah buat laporan ke polis supaya ada tindakan lanjut bukan rosakkan kereta macam ni.

Cermin Kereta Patah

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas