Connect with us

Oh! Media

“Rosak Industri Muzik Negara” – Founder & TikToker Kemaruk Nak Jadi Penyanyi, Awie Luah Rasa Kecewa

Trending

“Rosak Industri Muzik Negara” – Founder & TikToker Kemaruk Nak Jadi Penyanyi, Awie Luah Rasa Kecewa

Sejak akhir-akhir ini, penglibatan pengasas produk mahupun pempengaruh TikTok dalam bidang nyanyian dilihat semakin banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Fikir Mati Kita” – Rakam Lagu Dangdut Dengan Artis Goyang Gerudi, PU Syed Lantang Tegur Aliff Syukri

Bahkan, satu video dimuatnaik pengasas terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang mempromosikan lagu terbarunya bersama Baby Shima turut mendapat respon yang buruk daripada netizen baru-baru ini.

Awie sedih lihat industri seni seakan dilacurkan

Sedih melihat ‘trend’ ini, penyanyi terkenal, Dato’ Awie meluahkan rasa kecewanya terhadap penglibatan golongan yang tidak mempunyai bakat tersebut dalam bidang nyanyian.

Ketika ditemubual Mstar, vokalis kumpulan Wings itu risau akan masa depan industri seni negara dan berpendapat bahawa golongan tersebut menceburi bidang seni hanya semata-mata kepentingan diri sendiri.

Sebenarnya saya rasa kesian dengan industri ini yang dilacuri oleh mereka-mereka yang tiada jiwa sebagai anak seni. Mereka gunakan platform ini untuk kepentingan diaorang kerana mereka orang yang berduit.

Sebab inilah saya sedih. Apa nak jadi dengan industri muzik kalau mereka melacuri industri ni dengan teruknya, teruk sangat tahu tak!

Tiba-tiba stesen TV pakai lagu mereka untuk program, radio pakai lagu mereka untuk pasang walhal mereka bukan penyanyi, nak bercakap pun tak sedap apatah lagi nak menyanyi.

Dato’ Awie turut kesal kerana golongan tersebut dengan senangnya mencetuskan kontroversi demi melariskan produk mereka sehinggakan tidak kisah ditegur para alim ulama’.

Tiba-tiba datang orang berduit menghancurkan industri. Rosak! Alim ulamak pun marah, netizen hentam, dia lagi bangga diri. Kau tak kesian ke?

Kalau kau tak berkemampuan untuk membuat sesuatu yang elok, kau laburkan kepada mereka yang lebih elok. Cari orang yang betul-betul boleh nyanyi untuk produk engkau.

Betul lah apa yang Dato’ Awie cakap tu, anak seni berhempas pulas nak pastikan karya diorang tu berjaya tapi dirosakkan oleh mereka yang langsung tiada bakat serta jiwa sebagai anak seni.

Kredit: YouTube Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas