Connect with us

Oh! Media

“Sasaran 90 Peratus Untuk Kebenaran Rentas Negeri Adalah Tidak Patut..” – Pakar Virologi

Trending

“Sasaran 90 Peratus Untuk Kebenaran Rentas Negeri Adalah Tidak Patut..” – Pakar Virologi

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan diberikan dalam beberapa minggu lagi.

ADVERTISEMENT

BACA: Kebenaran Rentas Negeri Diumumkan 3 Minggu Lagi?

Menurutnya lagi, kerajaan akan mengumumkan kebenaran itu selepas populasi dewasa mencapai sasaran 90 peratus dalam melengkapkan suntikan vaksin.

Boleh rentas negeri jika kes ICU turun

Menurut Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya. Dr. Yahya Mat Arip berkata, sasaran 90 peratus tidak boleh dijadikan satu-satunya indikator untuk membenarkan merentas negeri.

Sebaliknya, kadar kemasukan ke hospital dan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di bawah 50 peratus perlu dijadikan salah satu syarat merentas negeri dibenarkan.

Menurutnya lagi, kadar kemasukan ke hospital dan penggunaan katil ICU ketika ini masing-masing merekodkan penggunaan seramai 69.4 dan 69.2 peratus.

Kerajaan meletakkan 90 peratus populasi dewasa sebagai sasaran membenarkan rentas negeri. Saya rasa tidak mustahil untuk kita mencapai sasaran tersebut.

Saya berpendapat sasaran 90 peratus populasi dewasa tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu-satunya indikator untuk membenarkan rentas negeri.

Hal itu kerana beliau risau akan kemunculan varian baharu yang mampu mengugat nyawa serta pengambilan vaksinasi bagi golongan remaja baru sahaja bermula.

Pertama kerana kita perlu berhati-hati dengan kemungkinan kemunculan varian baharu.

Kedua kerana golongan be­risiko tinggi, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan vaksinasi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun baru bermula.

Jaga SOP walaupun kelonggaran diumumkan

Tidak disangkal lagi, keberkesanan pelaksanaan progam vaksinasi menjadi salah satu sebab mengapa angka jangkitan dilihat semakin menurun.

Oleh itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof. Dr. Noran Naqiah Hairi menasihati orang ramai agar mengambil serius akan SOP selepas rentas negeri dibenarkan.

Menurut beliau, kes jangkitan yang semakin menurun dan kelonggaran akan diberikan untuk merentas negeri tidak bermakna kadar jangkitan tidak boleh me­ningkat semula.

Beliau juga mengambil contoh seperti negara lain termasuklah Singapura yang mana kadar jangkitan di negara itu kembali meningkat secara mendadak.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas