Connect with us

Oh! Media

Kebenaran Rentas Negeri Diumumkan 3 Minggu Lagi?

Trending

Kebenaran Rentas Negeri Diumumkan 3 Minggu Lagi?

Sebelum ini, Perdana Menteri, Ismail Sabri, membayangkan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan `dalam beberapa minggu lagi’.

ADVERTISEMENT

BACA: “Semua Dibenarkan Untuk Rentas Negeri Tapi…” – Ismail Sabri

Tidak pasti tarikh yang tepat, namun bayangan itu mula dinanti-nantikan oleh masyarakat bagi membolehkan mereka memanfaatan kelonggaran itu.

Menurutnya, 81 peratus populasi dewasa sudah melengkapkan suntikan dan sasaran 90 peratus diperlukan untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri itu.

Insya-Allah, sabar. Tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri.

Rentas negeri diumumkan lagi 3 minggu?

(Sumber: Kosmo!)

Bagaimanapun, menurut laporan Berita Harian, kerajaan menjangkakan kebenaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan dalam tempoh tiga minggu lagi.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semasa meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kem Ulu Tiram hari ini.

Hal itu selepas beberapa langkah efektif dalam menyegerakan vaksinasi populasi dewasa diambil dalam masa terdekat dengan mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kerjasama itu dibuat bagi memastikan orang ramai menerima vaksin lengkap dalam masa terdekat sekaligus mampu mencapai sasaran 90 peratus.

Tambah beliau, ATM juga turut memperluaskan program vaksinasi secara walk-in yang dilaksanakan Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi warga ATM kepada orang awam.

Insya-Allah, kebenaran rentas negeri yang ditunggu-tunggu ramai akan diumumkan dalam masa terdekat. Apa perancangan yang kita lakukan bersama KKM itu kita harap dapat dijayakan dalam tiga minggu ini.

Jadi sebelum ia diumumkan, banyak perkara yang perlu difikirkan dari segi prosedur operasi standard (SOP) serta tanggungjawab agensi dalam melaksanakan pemantauan.

Hishammuddin turut menambah, SOP rentas negeri juga akan diumumkan sebelum pengumuman dibuat kepada umum.

Tambahnya, ia akan diperincikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada minggu hadapan.

Kredit: Berita Harian I Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas