Connect with us

Oh! Media

‘Sanggup Ke Nak Sanding Macam Ni?’ – Pengantin Dakwa Dianaya Mak Andam, Dapat Crown Reput

Mak Andam Makeup Buruk

Trending

‘Sanggup Ke Nak Sanding Macam Ni?’ – Pengantin Dakwa Dianaya Mak Andam, Dapat Crown Reput

Tidak dinafikan, hari pernikahan merupakan saat paling istimewa dalam hidup seseorang. Berhias cantik dengan busana pengantin menambahkan lagi seri raja sehari pada hari itu.

Namun, lain pula jadinya apabila seorang wanita didakwa telah dianiaya mak andam sebuah butik terkenal di Kuala Selangor. Meluahkan rasa kecewa, wanita ini kesal melihat ‘kualiti’ solekan yang buruk.

IKLAN
166705922 906417153528437 5171077918210347082 n

Bismillah, assalamualaikum. Dah lama pendam tunggu permintaan maaf dari dia selama 24jam tapi yang dapat hanya bluetick sahaja. Entahlah sedih kecewa semua ada tak tahu nak rasa apa bila kena aniaya macam ni. Harga makeup bukan murah. Ratus-ratus jugak aku bayar tapi yang dapat macam ni. Cer komen sanggup ke nak bersanding macam ni? Lebih baik makeup sendiri lagi lawa.

Sumpah membazir duit hire mak andam terjun. Permintaan maaf bila ditegur langsung tak wujud ya dan tak boleh terima kenyataan. Tak boleh berbincang. Bagi crown yang dah reput teruk sentuh sikit pun boleh patah. Dengan veil yang dah colour lusuh putihnya. Tak tahu lah nak cakap apa dah. Niat nak berbincang dengan baik tapi yang dapat ibarat dihalau.

Walaupun aku dah lama tinggalkan bidang makeup aku sekurang-kurangnya aku tak akan makeup orang macam ni lah. Alasan dia ini lah makeup melayu jangan dibandingkn dengan yang lain. Katanya pengalaman lebih 31 tahun tak layak nk dibandingkn dengan kita yang baru setahun jaguh. Butik yang agak terkenal di Kuala Selangor.

Bukan itu sahaja, wanita ini dikatakan turut menerima aksesori crown yang reput dan hampir patah. Veil juga dikatakan sudah lusuh warnanya.

Tambahnya lagi, walaupun sudah ditegur, tiada sebarang permohonan maaf diterima sebaliknya dia diminta tidak membanding-bandingkan dengan orang lain.

Di ruangan komen, orang ramai turut berasa simpati dengan nasib yang menimpa pengantin baru ini. Kata mereka lagi, wajah yang cantik bertukar menjadi ‘buruk’ dek solekan yang sebegitu.

Mekap 1 edit
Makeup 2 edit 1
Makeup 3 edit

Kredit: Yana Nazaruddin

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas