Connect with us

Oh! Media

Saksi Kongsi Detik Cemas, Suspek Dakwa Dengar Bunyi Bisikan

Ohmedia bakar Rumah

Oh! Tidak

Saksi Kongsi Detik Cemas, Suspek Dakwa Dengar Bunyi Bisikan

Di Manjung, Perak, seorang lelaki ditemukan tertiarap dalam keadaan rentung selepas mati dibunuh adik sendiri.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku pada 25 September lalu menyebabkan ibu mangsa, Azizah Uda trauma dan ketakutan.

Mati
Azizah ibu mangsa dan Norazilawati kakak mangsa Kredit gambar Muhamad Lokman Khairi Harian Metro

Menceritakan dengan lanjut, Azizah berkata, rumah tersebut didiami olehnya dan anak yang lain termasuk suspek.

IKLAN

Dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, Azizah bersama anak sulungnya, Norazilawati sedang tidur di bilik berasingan.

Bunuh Abang
Suspek diarah jalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta HBUK Tanjung Rambutan

Sementara cucunya yang berumur 18 tahun (anak Norazilawati) belum tidur dan baru keluar dari tandas.

Ketika itu, dia lihat pak ngah (mangsa, Mohamad Hairul Ridzuan) tidur atas lantai di ruang tamu, dalam masa sama, terlihat pak uda (suspek) masuk ke dalam rumah.

Anak perempuan saya tahu pak udanya tak sihat, dia terus masuk ke bilik kakaknya dan mengunci pintu kerana takut.

Tak lama selepas itu, dia terdengar bunyi hentakan. Kakaknya terdengar nafas akhir pak ngah, dia cuba mengintai dari tingkap dan terlihat suspek bawa dua tong petrol sambil berbogel, badannya ada kesan darah.

Melihat kejadian itu, anak-anak Norazilawati terus menghubungi polis kemudian kebakaran berlaku. Tambah Norazilawati, polis memaklumkan suspek telah menghentak mangsa dengan lesung batu.

Waktu itu anak saya beritahu ‘Pak ngah dah mati, pak uda bunuh!’ Saya tanya dia (suspek) kenapa kau bunuh nyah (panggilan Mohamad Hairul Ridzuan dalam beradik), apa salah nyah? Dia cuba berdalih kata dia cuma bunuh dan bakar kucing sebab katanya dia dengar bisikan.

Menurut keterangan ahli keluarga, suspek sebelum ini sihat seperti orang biasa dan pernah bekerja di hotel. Namun, pada tahun 2018 suspek mula menunjukkan kelakuan pelik dan cakap merapu.

Suspek dilaporkan baru keluar dari Penjara Tapah pada 20 September lalu kerana disabitkan kesalahan merosakkan ATM di sebuah bank.

Pada 23 September, suspek sekali lagi buat kecoh apabila pergi ke sebuah lagi bank dekat Sitiawan sambil berbogel.

Ohmedia bakar Rumah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas