Connect with us

Oh! Media

Kena Tempias Kecaman Sebab Wakili Siti Bainun, Peguam Ini Beri Penjelasan

Trending

Kena Tempias Kecaman Sebab Wakili Siti Bainun, Peguam Ini Beri Penjelasan

Umum sedia maklum, pendakwaan kes mengabai dan menganiaya remaja sindrom down, Bella kini sedang berlangsung di mahkamah.

ADVERTISEMENT

Peguam Hafidzah Hassan yang mewakili pengasas rumah Bonda, Siti Bainun turut menerima tempias kemarahan netizen.

BACA: “Selain Disimbah Air Panas, Bella Dipukul Setiap Malam” – Saksi

Di Instagram, beliau menjelaskan dalam semua kes yang pernah diwakilinya, dia membuat keputusan untuk ambil kes selepas membaca dokumen dan mempercayai versi anak guamnya.

Jadi kadang-kadang kita tak berada dalam mahkamah jadi apa yang dilaporkan tak dapat nak saksikan secara langsung. Jadi untuk sekarang, masih terlalu awal untuk kita kata itu dan ini terhadap siapa-siapa.

Katanya, buat masa ini, masih terlalu awal untuk berkata itu dan ini, sebaiknya tunggu sahaja keputusan yang dibuat mahkamah nanti.

Peguam ini turut berkongsi proses undang-undang iaitu yang pertama ada examination-in-chief (soalan utama). Dalam kes jenayah soalan utama akan ditanyakan oleh pendakwa (orang yang mendakwa tertuduh).

Dalam kes Siti Bainun pendakwa akan tanya soalan kepada saksi pendakwaan. Jadi bila ditanyakan soalan kepada saksi pendakwaan, mereka akan berpeluang menjelaskan.

Seterusnya adalah proses soal balas, soal balas dibuat untuk menentukan sama ada cerita yang diceritakan awal tadi betul atau tidak berbanding dokumen, berbanding soalan-soalan dan berbanding versi sebenar.

Lepastu akan ada proses soal semula oleh pendakwaraya untuk memberi peluang penjelasan sekiranya terdapat percanggahan, salah info, salah fakta daripada saksi pendakwaan.

Katanya, setakat ini proses soal balas telah berlaku dan sedang menunggu apakah jawapan saksi untuk soal balas.

Beliau turut menegaskan peguam hanyalah wakil dan orang ramai tidak perlu beremosi dengan peguam atau menggunakan kata-kata tidak baik.

Peguam ini meminta netizen bersabar dan berdoa semoga kebenaran akan dapat dilihat.

Kredit: Instagram Hafidzah Hassan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas