Kehidupan seorang remaja lelaki berumur 13 tahun yang aktif di sekolah bertukar sekelip mata selepas kaki kiri dipotong pada Julai lalu.
Difahamkan remaja yang dikenali sebagai Mohd Hidayat telah disahkan menghidapi penyakit kanser tulang.
Menerusi laporan Kosmo!, penderitaan remaja ini bermula ketika kakinya membengkak setelah balik dari menyertai program merentas desa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh.
Bapanya berkata dia tak menyangka perkara ini akan berlaku kerana sebelum kejadian, anaknya tidak pernah menunujukkan sebrang simptom penyakit itu.
Pada mulanya, saya ingat sakit biasa. Bagaimanapun, sakit itu tetap tidak hilang selepas tiga kali kami ke klinik.
Hidayat kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dan hasil ujian imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) mendapati ada ketulan tulang dan dia disahkan menghidap kanser tulang pada penghujung Jun.
Tak tahan menanggung sakit, rela kaki dipotong
Namun, tiada ubat yang dapat membuat anaknya kurang sakit yang menyebabkannya membuat keputusan itu.
Malah, dia reda dengan takdir ini. Kami rasa beremosi bila mengenangkan penderitaan yang dialaminya.
Yang mengundang sedih, ibunya menganggap Hidayat terlalu muda untuk menanggung penderitaan dan terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi pelumba basikal.
Kini, kami berharap dapat bantuan kaki palsu yang sesuai dengan keadaan anak selain sedang menunggu bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sementara itu, ibu bapa Hidayat mendedahkan gaji bulanannya tidak mencukupi untuk menanggung kos yang diperlukan kerana masih menanggung dua anak yang masih belajar.