Trending
Sakan Menyakat, Lelaki Kena Tarik Dengan Orang Utan Meraung Minta Tolong
Sebagai seorang manusia yang mempunyai akal dan fikiran, kita mestilah menjaga serta memulihara haiwan dan alam sekitar supaya dapat melindungi habitat serta hidupan mereka.
BACA: Hanya Kerana Gambar, Lelaki Bangladesh Ditahan Ceroboh Landasan LRT
Namun begitu, ada segelintir manusia yang bersikap tidak berperikemanusiaan gemar untuk menyakat sehingga mencederakan haiwan yang tidak berdosa di sekeliling mereka.
Sakan menyakat, akhirnya ditarik orang utan
Tular satu video yang dimuatnaik Isu Semasa Viral di Twitter yang menunjukkan keadaan seorang lelaki ditarik oleh seekor orang utan yang berada di dalam sangkar.
Acah-acah lagi kan dah mendapat mak mak tolong!! Makmak!! pic.twitter.com/4c9QSl6ci9
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) June 7, 2022
Menerusi video tersebut, dapat dilihat lelaki tersebut pada awalnya seakan mengacah haiwan yang berada di dalam sangkar itu.
Secara tiba-tiba, orang utan itu menarik serta memegang kaki pemuda berkenaan sekuat hatinya.
Tidak menunjukkan tanda untuk berhenti, lelaki itu lantas meraung meminta pertolongan sebelum berjaya melepaskan diri dengan bantuan orang sekeliling.
Jangan pandang rendah dengan kekuatan orang utan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati melihat video yang tular itu. Ada juga yang mengingatkan agar warganet yang lain tidak memandang rendah dengan kekuatan yang ada pada seekor orang utan.




Itulah, lain kali jangan suka membuli haiwan, kan dan mendapat.
Kredit: Twitter Isu Semasa Viral
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media