Oh! Tidak
Saintis China Ditahan, Kilang Proses Sisa Elektronik Haram Bernilai RM1.3 Bilion
Sebelum ini, media melaporkan tentang ebuah kilang memproses sisa elektronik haram yang dibina di Kawasan Perusahaan Rimba Panjang. Kilang itu telah diserbu pihak berkuasa, membawa kepada penahanan 27 individu termasuk seorang saintis China.
Operasi yang dikenali sebagai Op Hazard ini dilaksanakan sekitar jam 9.30 pagi Sabtu lalu oleh Unit Risikan Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak. Pelbagai barangan bernilai RM1.3 bilion telah disita dalam serbuan tersebut.
Kilang beroperasi secara haram lebih lapan bulan…

Menurut Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim, kilang seluas 4.8 hektar ini telah beroperasi secara haram selama lebih lapan bulan.
Ia dilengkapi dengan mesin-mesin pemprosesan, peleburan, dan makmal untuk mengurai bahan logam seperti timah, besi, aluminium, dan tembaga.
Kilang ini mempunyai empat bangunan dan pengoperasiannya menggunakan 10 generator dengan mendapatkan bekalan air dari kawasan lombong berdekatan.- Kata Shahrum.
Kilang guna tektik licik, sisa dilabel sebagai makanan haiwan…

Siasatan mendapati kilang ini memproses sisa terjadual yang dipercayai dibawa masuk melalui kontena dari beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, Bolivia, dan Oman.
Lebih mengejutkan, sisa tersebut dilabelkan sebagai makanan haiwan dan garam untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.
Sisa terjadual seperti besi atau aluminium ini diproses dan dijadikan jongkong logam dan tembaga untuk dieksport semula ke luar negara.- Tambah Shahrum.

Dalam operasi tersebut, dua lelaki warga tempatan dan 25 warga asing termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah ditahan.
Warga tempatan tersebut dipercayai berperanan sebagai pemilik hartanah dan penyelia yang mengendalikan pekerja di kilang tersebut. Pekerja asing terdiri daripada 11 lelaki warganegara China, 10 lelaki dan dua wanita serta seorang kanak-kanak warga Myanmar.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 34A (6) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 kerana tiada kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan Seksyen 14 akta yang sama kerana tiada lesen. Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian