Connect with us
Dua anggota polis ditangkap khalwat

Oh! Tidak

Rupanya Dua Anggota Polis Yang Ditangkap Khalwat Lepas Suami Wanita Buat ‘Report’

Semalam kami melaporkan seorang wanita yang merupakan penjawat awam telah ditangkap khalwat dengan rakan sekerjanya oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) ketika berada di sebuah hotel terletak Tanjung Tokong, Georgetown Pulau Pinang. Rupa-rupanya mereka berdua anggota polis. Allahu!

BACAIsteri Kantoi ‘Check In’ Dengan Skandal Pejabat, Suami Ada Angin Ahmar ‘Report’ Pejabat Agama

IKLAN

Menurut laporan MyNewsHub, dua anggota polis yang masing-masing berpangkat sarjan mejar dan koperal berusia 37 tahun itu ditukarkan jabatan serta merta.

Bukan tu jer, mereka berdua juga dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Dua anggota itu bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya dan perkara ini dikatakan sendiri Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad.

Arahan bertukar jabatan sudah dikeluarkan serta-merta dan tindakan tatatertib diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Sebelum ini, si suami kepada wanita ditangkap itu yang membuat laporan kepada pejabat agama dan berada di lokasi serbuan.

Pasangan yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat.

Kredit: MyNewsHub

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas