Connect with us

Oh! Media

Rider Ronda Taman Konon Nak Jual Kuih, Akhirnya Kantoi ‘Curi’ Parcel

Rider Curi

Trending

Rider Ronda Taman Konon Nak Jual Kuih, Akhirnya Kantoi ‘Curi’ Parcel

Tular sebuah video di media sosial, seorang rider yang kononnya jual kuih di taman perumahan telah mencuri parcel yang ada di atas tembok rumah, di Kepala Batas, Pulau Pinang.

BACA: Rider Mengamuk Sepak Pintu Gara-Gara Pelanggan Salah Pin Lokasi, Telefon Tak Jawab

Video tersebut telah dimuat naik di Facebook Penang Kini dan admin telah menceritakan situasi yang berlaku pada waktu itu.

IKLAN

Rider tersebut didakwa telah membuat rondaan di taman tersebut dan singgah di salah sebuah rumah jiran, konon-konon nak jual kuih.

Screenshot 2022 06 22 at 115953 am
Screenshot 2022 06 22 at 120022 pm

Lelaki tersebut didakwa menggunakan trick nak jual kuih sebelum mengambil parcel di salah sebuah rumah di taman berkenaan.

Menerusi laporan Kosmo, kejadian yang berlaku di Bertam Putra ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad.

Netizen yang menonton video ini telah memberi kecaman kepada rider tersebut kerana dia telah mencemarkan nama baik rider yang ikhlas mencari rezeki.

Screenshot 2022 06 22 at 114744 am
Rider

Berdasarkan salah satu komen, rider tersebut dikatakan telah datang meminta maaf kepada pemilik parcel dan memulangkan balik parcel yang dicurinya itu.

Tuan rumah juga telah memaafkan kesalahan dan beri peluang kedua kepadanya.

Rider

Harap semua orang di luar sana dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Jika sesuatu barang itu bukan milik kita, janganlah kita ambil. Bila sumber rezeki kita halal, In Sha Allah akan dilimpah rezeki yang lebih buat kita.

Kredit: Penang Kini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas