Connect with us

Oh! Media

#RENUNGAN Belanja Sakan Sampai Habiskan Duit Simpanan Untuk Sambut Aidilfitri? Diri Sendiri Yang Susah Nanti

Trending

#RENUNGAN Belanja Sakan Sampai Habiskan Duit Simpanan Untuk Sambut Aidilfitri? Diri Sendiri Yang Susah Nanti

Tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

ADVERTISEMENT

BACA : #RENUNGAN Ini Senarai Dosa Besar Yang Pernah Dilakukan Nobita Dan Cara Didik Anak Nakal

Tahu ramai yang excited sebab dah dua tahun kita semua tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung beraya bersama insan tersayang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak yang melanda. 

Menurut laporan Kosmo, sebab itu juga pasti ramai antara kita yang sakan membeli-belah bagi memeriahkan sambutan hari raya kan? Ianya telahpun dijangkakan terutama pada raya tahun ini dan perkara ini dikatakan sendiri Pakar Ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai.

Ini sudah dijangkakan kerana sudah dua tahun tidak beraya. Tetapi, persoalannya adakah perkara ini sepatutnya berlaku? Dari segi perspektif psikologi ia tidak dapat dielakkan kerana semua orang mahu ‘membalas dendam’ selepas dua tahun tidak beraya.

Selain ada yang menjadikan perayaan tahun ini sebagai ‘escapism’ untuk mereka lari daripada realiti kesusahan yang telah ditanggung dalam tempoh dua tahun ini.

Tetapi, daripada aspek lain, perlu ditanya adakah kita ber­belanja di luar kemampuan kita? Kalau di luar kemampuan, perlu ingat kita akan kembali menjadi lebih teruk selepas raya nanti sehingga ada yang terpaksa menanggung hutang.

Walaupun ekonomi negara sedang beransur pulih, orang ramai dinasihatkan supaya tetap beringat kerana ada lagi krisis yang besar sedang melanda seperti peperangan antara Rusia dan Ukraine. Kejadian itu mungkin menyebabkan harga barang naik nanti tau.

Bukan tu jer, kita sendiri pun tidak jangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Macam zaman wabak yang melanda sekarang ni lah, kita sendiri pun tak pernah terbayang kan?

Jadi, berjimat-cermat lah berbelanja. Kalau ada lebih tak salah, tapi kalau sampai habiskan duit simpanan nanti kita sendiri yang susah tau. Renungkanlah..

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas