Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Remaja Lemas di Sungai Pahang, Hantaran Terakhir Arwah Buat Rakan Sebak

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin, Azri Fahmi Bahiudin Zaiful Afindi, 14, ditemui lemas pagi tadi selepas dilaporkan tergelincir ke dalam Sungai Pahang, Sabtu lalu.

Insiden tragis itu berlaku apabila arwah dikatakan terpijak hujung lebihan atap zink di rumah rakit milik Majlis Daerah Jerantut.

IKLAN

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui jenazah Azri Fahmi pada jam 7.45 pagi, kira-kira 900 meter dari lokasi dia dilaporkan jatuh.

Lebih memilukan, beberapa hantaran terakhir arwah di media sosial TikTok telah membuatkan rakan-rakan sebak mengenang kehilangannya.

Hantaran terakhir seperti tahu mahu pergi, sentuh hati…

Hantaran terakhir yang dikongsikan oleh Azri Fahmi menyentuh soal persiapan diri sebelum disolatkan di hadapan imam.

Hmm… kenapa sejak dua hari ini rasa macam diketepikan dan tak sedap hati, apakah aku perlu siap untuk dibaringkan depan imam?- Tulis arwah.

Bukan itu sahaja, sehari sebelum kejadian, Azri juga memohon maaf kepada rakan-rakannya melalui aplikasi WhatsApp. Aidil Hakim Muhammad Shaiful, rakan sekelas arwah, berkata mesej peribadi itu dihantar kepada hampir semua rakan sekolah.

Arwah menghantar pesanan menerusi WhatsApp kepada semua rakannya secara peribadi dan memohon maaf pada malam Jumaat lalu.

Saya terkejut dan seperti tidak percaya apabila menerima khabar menyedihkan mengenai kejadian menimpa arwah pada petang keesokannya.- Ujar Aidil.

Tragedi yang membawa kesedihan

Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad, kejadian dipercayai berlaku apabila arwah terpijak hujung lebihan atap zink sebelum tergelincir ke dalam sungai pada jam 5 petang. Jenazah Azri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mat Kilau pada jam 6.15 petang tadi.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Utusan Online


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas