Connect with us

Oh! Media

Remaja Lelaki Telan 16 Batang Berus Gigi Untuk Elak Makan Tanah

16 batang berus gigi

Trending

Remaja Lelaki Telan 16 Batang Berus Gigi Untuk Elak Makan Tanah

16 batang berus gigi dan tiga paku telah dijumpai di dalam perut seorang remaja lelaki di Uttar Pradesh India, baru baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Penimbang Pintar? Berus Gigi Bergetar 34k Kali Seminit? Korang Mungkin Tak Percaya Jika Sebut Jenama Produk Ini!

Doktor telah berjaya mengeluarkan kesemua 16 batang berus gigi dan tiga paku tersebut. Remaja lelaki tersebut dikatakan makan objek-objek itu demi mengatasi ketagihan memakan tanah.

Mampu memulihkan obses pelik

16 batang berus gigi
Harish menerima rawatan (Foto: Harian Metro)

Menurut Harian Metro, Harish Devi, 14, mendapat nasihat daripada seorang pakar bahawa dengan memakan dua objek tersebut, Harish mampu memulihkan obsesnya yang suka makan tanah. Keluarganya percaya bahawa Harish telah dirasuk makhluk halus dan mereka juga percaya dengan kata-kata pakar tersebut.

Harish kemudian dibawa ke hospital tempatan untuk mendapat rawatan selepas abdomennya mula terasa sakit selepas menelan berus gigi dan paku.

Sampai sahaja di hospital, doktor terpaksa melakukan pembedahan segera untuk mengeluarkan objek yang ada di dalam perut Harish. Kesihatan remaja ini semakin pulih setelah pembedahan mengeluarkan dua objek itu berjaya.

Harish kini masih mendapat rawatan lanjut selepas pembedahan dilakukan.

Makin hari, makin banyak benda pelik yang berlaku. Semoga adik Harish ini cepat sembuh dan kembali normal seperti biasa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas