Connect with us

Oh! Media

Adik-Beradik Gaduh, Remaja Lelaki Maut Tertusuk Pisau Dibaling Kakak

warga emas maut

Trending

Adik-Beradik Gaduh, Remaja Lelaki Maut Tertusuk Pisau Dibaling Kakak

Gara-gara bergaduh dengan kakaknya, seorang remaja lelaki disahkan maut selepas dipercayai tertusuk pisau yang dibaling kakaknya.

ADVERTISEMENT

BACA: Ubat Kuat Punya Pasal, Pasangan Pengantin Maut Selepas Pembuluh Darah Pecah

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin yang memaklumkan bahawa pergaduhan itu melibatkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun.

Punca pergaduhan berlaku selepas mangsa dan kakaknya dikatakan berebut tempat duduk di dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Ibu mereka mengatakan pada awalnya, mangsa bergaduh dengan kakaknya disebabkan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah dan kakak mangsa mengaku telah membaling pisau ke arah mangsa setelah diejek ketika masuk ke dalam rumah.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang semalam dan proses bedah siasat dijangka akan dilakukan di Hospital Sultanah Aminah hari ini.

Dalam pada itu, kakak kepada mangsa telah pun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas