Oh! Tidak
Rela Jadi Pak Sanggup Selamatkan Wanita Hamil, Lelaki Tak Sangka Akhirnya Kena ‘Game’
Selepas bertahun-tahun pendam, seorang lelaki akhirnya membuka mulut menceritakan keperitan yang dilaluinya selama ini.
Menerusi perkongsian yang dibuat di TikTok, lelaki tersebut berkata dia telah dicurangi dan dikhianati isteri selepas 6 tahun berkahwin.

Lelaki ini mendakwa pengorbanannya menjadi pak sanggup demi menyelamatkan maruah isteri yang ketika itu mengandung anak luar nikah dengan lelaki lain tidak dihargai.
Pak sanggup? Ya aku di umur 21 tahun berkahwin dengan seorang perempuan yang mengandung anak luar nikah. Aku taruhkan seluruh hidup aku untuk menyelamatkan masa depan seorang wanita.
Dengan rasa kecewa, lelaki ini berkata dia dijadikan alat untuk menutup aib keluarga sahaja. Malah, masa mudanya telah dirampas demi kepentingan diri orang lain.
6 tahun bersama hanya ini balasan kau bagi, menipu, curang, khianat, playvictim. Kau tuduh aku kaki pukul, dera kau dengan anak, kurung kau dengan anak. Macam-macam kau pusing cerita untuk buatkan aku nampak jahat.
Dakwanya, bekas isteri pusing cerita kononnya telah dihalau dari rumah sehelai sepinggang. Tapi hakikat sebenar bekas isteri yang keluar rumah meninggalkan dirinya bersama dua orang anak.
Masa keluar rumah semua barang berharga kau dah ambil. Handphone, laptop, kunci kereta, barang kemas, pakaian, wang tunai dan kad bank. Duit modal bisnes aku kau ambil bawa pergi RM25k, kau cakap tu duit kau sebab ada dalam akaun kau.
Luah lelaki ini lagi, dia merayu supaya wang dipulangkan untuk membesarkan anak tetapi bekas isteri mengendahkan rayuannya.

Lelaki ini menyesal berbuat baik kepada orang yang salah dan akhirnya terperangkap dengan beban hutang.
Tak cukup dengan itu, perniagaannya juga musnah disebabkan mulut bekas isteri ‘play victim’ kononnya telah dihalang berjumpa anak.
