Connect with us

Oh! Media

“Rebah Ketika 19 Minit Perlawanan Bola Sepak Berlangsung” – Lelaki Meninggal Dunia Di Tengah Padang

Trending

“Rebah Ketika 19 Minit Perlawanan Bola Sepak Berlangsung” – Lelaki Meninggal Dunia Di Tengah Padang

Seorang lelaki didapati meninggal dunia di tengah padang di Jalan Sungai Chua, Taman Berjaya, Kajang petang semalam.

ADVERTISEMENT

BACA : “Sujud Tapi Tak Sedarkan Diri” – Jumpa Rakan Meninggal Dunia Ketika Solat Dhuha

Menurut laporan Harian Metro, lelaki tersebut rebah ketika sedang mengadili satu perlawanan bola sepak yang baru saja berlangsung selama 19 minit dan tidak sedarkan diri.

Lelaki berkenaan telah disahkan meninggal dunia selepas pihak perubatan menjalankan pemeriksaan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

Maklumat awal di lokasi kejadian mendapati mangsa adalah pengadil perlawanan dan tiba-tiba rebah di tengah padang.

Punca sebenar kematian masih belum diketahui dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas