Connect with us

Oh! Media

“Sujud Tapi Tak Sedarkan Diri” – Jumpa Rakan Meninggal Dunia Ketika Solat Dhuha

Trending

“Sujud Tapi Tak Sedarkan Diri” – Jumpa Rakan Meninggal Dunia Ketika Solat Dhuha

Seorang lelaki yang bekerja sebagai Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didapati meninggal dunia ketika sedang solat Dhuha.

ADVERTISEMENT

BACA : Lelaki Rogol Bekas Kekasih Berusia 16 Tahun

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur pagi tadi yang ditemui oleh rakannya tidak sedarkan dalam keadaan sedang sujud.

Arwah dikatakan mengalami demam sejak beberapa hari lepas sebelum mendapat cuti sakit dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

Rakannya mengatakan selepas beberapa kali panggilannya tidak dijawab, dia meminta bantuan jiran untuk masuk ke dalam rumah Shukri.

Apabila masuk ke dalam rumah didapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dalam biliknya dalam keadaan bersujud dan memakai jubah putih.

Jenazah Allahyarham telahpun dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Takziah diucapkan buat keluarga dan semoga tabah dengan pemergian insan tersayang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas