Connect with us

Oh! Media

“Raya Dalam Lokap Ke Tu?”- Netizen Ucap Selamat Kepada Tujuh Individu Bergaduh Selepas Ditangkap Polis

bergaduh

Oh! Tidak

“Raya Dalam Lokap Ke Tu?”- Netizen Ucap Selamat Kepada Tujuh Individu Bergaduh Selepas Ditangkap Polis

Nak dekat Hari Raya Aidilfitri ni janganlah buat perangai bukan-bukan, nanti beraya dalam lokap baru tahu. Itulah apa yang terjadi dengan 7 orang lelaki yang akhirnya ditahan pihak polis selepas tersebarnya video pergaduhan di kawasan pasar raya KB Mall.

ADVERTISEMENT

Penahanan semua yang terlibat disahkan Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud selepas menerima 2 laporan kes pukul ketika jam 9.30 malam.

Hasil maklumat awal, kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati dan pertelingkahan melibatkan dua pekerja premis perniagaan telefon bimbit yang berebut pelanggan. Masing-masing kemudian membawa kumpulan rakan sehingga mencetuskan pergaduhan di dalam dan luar kawasan pasar raya.

Dalam kejadian itu juga, enam suspek mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Suspek yang berusia antara 19 hingga 30 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan jika bersalah boleh dipenjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hasil semakan turut mendapati lima daripada mereka yang ditangkap mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, dengan masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai, buruh, pemandu lori dan petani.

Selamat hari raya kami ucapkan!

Kredit: MalaysiaGazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas