Oh! Tidak
Rakaman ‘Dashcam’ Sudah Jelas Tapi Warga Emas Rempuh 3 Motosikal Masih Mengaku Tidak Bersalah
Rakaman ‘dashcam’ dah jelas pun masih taknak mengaku bersalah. Tertuduh, Tan Leuk Ley, 76, mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Majistret Jenayah Georgetown atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga merempuh tiga motosikal.
Kejadian itu berlaku di Jalan Bukit Gambar pada 27 November 2023 di mana tertuduh ketika itu membawa kereta jenis Perodua Myvi.
Tertuduh yang juga merupakan bekas kerani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau pinang itu kemudian ditawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.
Wanita mengaku tak bersalah atas kesalahan memandu berbahaya & rempuh 5 mangsa menaiki 3 motosikal di Bukit Gambir, 27 November lalu.
— Selwam Arjunan 🇲🇾 (@SelwamNewsMPB) January 18, 2024
Keadaan di Mahkamah George Town kecoh seketika apabila anak perempuan tertuduh didakwa melanggar kamera pemberita dengan sengaja.@BuletinTV3 pic.twitter.com/r7N5mPpvhY
Peguam tertuduh kemudian memohon agar jaminan dikurangkan kerana Tan Leuk hanya mempunyai pendapatan RM1,800 sebulan dan mengalami ketumbuhan dalam telinga dan hilang pendengaran telinga kanan sejak 2002.
Disebabkan itu, Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin memberikan jaminan RM15,000 untuk semua pertuduhan dan penjamin serta tertuduh dilarang mengganggu mangsa.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM