Connect with us

Oh! Media

“Selamat Bercuti..” – Iklan PTPTN Di KLIA2 Curi Tumpuan, Ramai Yang Terasa?

ptptn

Oh! Tidak

“Selamat Bercuti..” – Iklan PTPTN Di KLIA2 Curi Tumpuan, Ramai Yang Terasa?

Sehingga ke hari ini, topik hangat membabitkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih diperkatakan.

BACA: Hampir Separuh Peminjam PTPTN Jadi Penerima STR Dan Tidak Pernah Bayar Balik

IKLAN

Walaupun pelbagai kaedah ansuran diperkenalkan, masih ramai peminjam yang gagal atau sambil lewa dalam menyelesaikan hutang mereka.

PTPTN terus cari cara kreatif

@azrieidzmeer

Kita bayar tau @PTPTNOfficial 🤣 tapi mana yang tak, mesti terasa kan? 😂 #ptptn #airport #klia2 #travel #airportvibes #klia #hutang

♬ sad SpongeBob music – michael

Terbaru, PTPTN tampil dengan strategi pemasaran yang lebih kreatif dalam usaha meningkatkan kesedaran peminjam untuk melunaskan hutang mereka.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu iklan yang dipaparkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang berjaya mencuri perhatian ramai.

Menerusi satu perkongsian di TikTok oleh pengguna @azriedzmeer, iklan tersebut memaparkan mesej:

Selamat bercuti kepada semua pelanggan PTPTN. Semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik anda.

Ayat yang kelihatan biasa ini sebenarnya membawa mesej tersirat yang cukup ‘pedas’ untuk mereka yang masih belum menjelaskan pinjaman pendidikan. Tak pelik kalau ramai yang ‘terasa’ dengan iklan ni!

Reaksi netizen: “Ada duit bercuti, tapi hutang tak bayar?”

ptptn sindir

Perkongsian tersebut telah meraih lebih 63K tanda suka di TikTok, menunjukkan betapa ramainya yang ‘terhibur’ dengan cara PTPTN menyampaikan mesej mereka.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa sindiran ini sangat kena dengan situasi sekarang. Seorang netizen berseloroh berkata:

Adoi, terkena batang hidung sendiri. Baru lepas beli tiket flight ni.

Rata-rata netizen sedar iklan ini adalah ‘friendly reminder’ untuk mereka yang suka melancong tapi lupa akan tanggungjawab membayar balik pinjaman.

#ApaKataOhmedia

Kehidupan pada zaman sekarang ni tak dinafikan agak ‘sesak’, banyak komitmen yang perlu diutamakan lebih-lebih lagi hutang. Kalau dah mampu bercuti ke luar negara, apa salahnya asingkan sedikit untuk bayar hutang PTPTN kan?

ptptn

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok @azrieidzmeer


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas