Connect with us

Oh! Media

Hampir Separuh Peminjam PTPTN Jadi Penerima STR Dan Tidak Pernah Bayar Balik

Ohmedia tabung ptptn penerima str

Oh! Negara

Hampir Separuh Peminjam PTPTN Jadi Penerima STR Dan Tidak Pernah Bayar Balik

Isu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus menjadi perhatian. Terbaru, data menunjukkan seramai 189,580 peminjam atau 45.7% daripada keseluruhan peminjam didapati tidak pernah membayar balik.

Hampir separuh jumlah ini juga dikenal pasti sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, mendedahkan bahawa data tersebut diperoleh daripada 415,109 peminjam yang gagal membuat bayaran sehingga 31 Ogos 2024.

IKLAN

54.3% bukan penerima STR

Namun, tidak semua peminjam ini dalam kategori adalah penerima bantuan. Menurut Zambry, seramai 225,529 peminjam (54.3%) tidak tergolong dalam golongan penerima STR.

Katanya, data yang digunakan PTPTN biasanya dikumpul ketika pemohon masih belum mempunyai pendapatan tetap.

Peminjam berpendapatan tinggi masih gagal bayar

Menjawab persoalan mengenai peminjam yang sudah bekerja dan berpendapatan melebihi RM3,000 tetapi belum membuat pembayaran, Zambry menjelaskan bahawa perkara ini sedang dalam penelitian pihaknya.

Dalam Parlimen Jerantut sahaja, terdapat 1,710 peminjam yang tidak pernah membayar balik, melibatkan jumlah tertunggak sebanyak RM38.17 juta. Angka ini menunjukkan betapa seriusnya isu pembayaran balik, khususnya di kawasan luar bandar.

#OhmediaNasihat

Pembayaran balik PTPTN bukan sahaja tanggungjawab peribadi tetapi juga amanah untuk generasi akan datang. Jika anda menghadapi kesulitan, rancang pembayaran secara ansuran atau berbincang dengan pihak PTPTN. Usah biarkan hutang ini menjadi beban besar di masa depan!

Ohmedia tabung ptptn penerima str

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas