Connect with us

Oh! Media

Tak Sempat Naik Pelamin, Wanita Meninggal Ketika Lakukan Rawatan Sedut Lemak

Trending

Tak Sempat Naik Pelamin, Wanita Meninggal Ketika Lakukan Rawatan Sedut Lemak

Siapa sangka hasrat nak cantik sebelum melangkah ke jenjang pelamin jadi hasrat terakhir seorang wanita sebelum temui ajal. Niat mangsa bertukar tragedi ketika mendapatkan rawatan proses sedut lemak di sebuah pusat kecantikan di Velocity Mall, Cheras.

ADVERTISEMENT

Sebenarnya, pusat kecantikan tu dah berdaftar secara sah, cumanya mereka tidak ada kepakaran nak buat proses sedut lemak. Tapi, mereka masih juga teruskan rawatan terhadap mangsa. Hm itulah takde ghoje, cari ghoje.

Menurut Datuk Saiful Azly Kamaruddin, Ketua Polis Kuala Lumpur, selepas menerima suntikan, mangsa sesak nafas dan tidak sedarkan diri, selain daripada muka dan badannya jadi pucat.

Polis dah pun reman tiga hari majikan premis tersebut iaitu seorang ibu dan anak serta dibuka kertas siasatan bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Dekat sini ohmedia nak pesan, kalau nak pergi dapatkan sebarang rawatan tu, pastikan tempat yang kita kunjung ada kepakaran dalam bidang tersebut. Check dulu betul-betul, supaya benda tak diingini macam ni, tidak berlaku.

Kredit: MalaysiaGazette

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas