Connect with us

Oh! Media

PPIM Gesa Rekod Nombor MyKad Pembeli Minyak, Takut Kena ‘Tipu’

nombor mykad

Trending

PPIM Gesa Rekod Nombor MyKad Pembeli Minyak, Takut Kena ‘Tipu’

Harga minyak dan telur ayam kini menjadi bualan orang ramai kerana harganya sudah mencanak naik. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk meletakkan syarat pembelian, seperti merekod nombor MyKad pembeli minyak bagi mengelakkan peniaga gerai makanan borong semua minyak masak paket.

ADVERTISEMENT

BACA: Mulai 1 Julai, Subsidi Minyak Dan Harga Siling Ayam, Telur ‘Dimansuhkan’

Menerusi laporan Kosmo, presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan mengatakan jika trend memborong minyak masak oleh pengusaha kantin dan peniaga tidak dihapuskan, pengguna golongan isi rumah akan mengalami masalah kekurangan minyak yang berlarutan.

Perlu kawal menerusi SOP yang ketat

nombor mykad

KPDNHEP perlu melaksanakan syarat tertentu terhadap pasar raya awam dan kedai runcit yang memasarkan minyak masak peket berkenaan.

Jika kuantiti yang diperoleh sebanyak 1,000, rekod penjualan melalui catatan kad pengenalan (IC) serta nombor telefon perlu dilaksanakan. Ia perlu dikawal menerusi prosedur operasi stan­dard (SOP) yang ketat. – Datuk Nadzim

Datuk Nadzim juga mengingatkan bahawa sistem ini perlu diwujudkan namun kerajaan tidak boleh meletakkan tanggungjawab yang sepenuhnya kepada pasar awam dan kedai runcit.

Catatan rekod dan justifikasi juga perlu dilakukan kerana jika sistem sedia ada tak kemas, penjual yang memasarkan minyak paket akan memiliki ruang untuk menipu pengguna dan peniaga makanan.

Kewujudan trend pembelian pukal itu secara tidak langsung memberi kesan kepada pengguna yang hanya mendapat bekalan minyak masak paket RM2.50 yang terhad selain memberi kesan kepada subsidi minyak disediakan kerajaan.

Syarat kena beli minyak masak secara ‘borong’

nombor mykad

Wakil Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V. Subbarow mengatakan ada kluster di pasar awam yang meletakkan syarat kepada peniaga untuk barang secara borong supaya dapat tebus sekotak minyak paket.

Apabila stok terhad, hal ini akan membebankan pengguna kerana terpaksa beli minyak masak botol yang mahal harganya.

Semua sedia maklum, subsidi minyak masak peket dilaksanakan kerajaan adalah khas untuk kegunaan pengguna domestik bukan untuk perniagaan.

Hal ini menjadi satu masalah kerana penjual tidak mempunyai rasa takut terhadap penguat kuasa. Tindakan tegas perlu diambil terhadap individu tidak bertanggungjawab dengan menarik se­mula lesen perniagaan yang diberikan.

Semoga pihak atasan dapat buat keputusan yang terbaik agar tidak membebankan pengguna yang perlu melalui fasa inflasi pada waktu ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas