Connect with us

Oh! Media

Polis Thailand Sahkan Tangmo Nida Mati Lemas

tangmo nida

Trending

Polis Thailand Sahkan Tangmo Nida Mati Lemas

Apa yang terjadi kepada pelakon Nida Patcharaveerapong atau lebih dikenali sebagai Tangmo Nida sememangnya turut dirasai oleh kita di Malaysia. Banyak persoalan yang timbul tentang apa sebenarnya yang terjadi ke atas mangsa yang sebelum ini didakwa terjatuh dari bot.

ADVERTISEMENT

Hasil siasatan pihak polis Thailand bagaimanapun mengesahkan pelakon itu mati akibat lemas hasil dari pemerikasaan forensik.

Memetik laporan Thai PBS World, perkara ini disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Jirapat Phumichit yang telah berkongsi perkembangan kes dalam satu sidang media.

Dalam sidang media itu, Jirapat memaklumkan mangsa ada luka pada kaki kiri dan ia mungkin disebabkan kipas bot. Bagaimanapun, pihak forensik tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada mangsa terjatuh dari bot atau ditolak.

Kenyataan lima rakan mangsa di atas bot telah diteliti

Setakat ini, mereka menyerahkan pakaian yang mereka pakai pada malam itu, sudah menjalani pemeriksaan fizikal dan menyediakan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk analisis forensik

Berdasarkan pemeriksaan fizikal itu mendapati, luka dan lebam yang ada pada Job berlaku dalam tempoh lima hingga tujuh hari dan bukan disebabkan cakaran kuku jari. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh doktor kepada media. Doktor itu bagaimanapun tidak mempersoal darimana lelaki itu dapat kecederaan terbabit namun percaya ia disebabkan objek keras dan bukannya pergaduhan.

Pasir dalam paru-paru kerana mangsa masih bernafas ketika dalam sungai

Dr Werasak menjelaskan dia masih bernafas ketika terjatuh ke dalam sungai. Keadaan arus Sungai Chao Phraya boleh menyebabkan pasir terampai di dalam air dan disebabkan itu mangsa tidak perlu berada di dasar sungai untuk pasir masuk ke dalam paru-paru.

Apa nasib lima rakan mangsa?

Setakat ini, lima rakan mangsa yang berada atas bot mungkin didakwa dengan pertuduhan memberikan keterangan palsu. Mereka juga boleh didakwa melakukan kecuaian melampau sehingga menyebabkan kemalangan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas