Connect with us

Oh! Media

Polis Tahan 3 Suspek Terbalikkan Myvi Dan Masih Mengesan Mereka Yang Terlibat

myvi terbalik

Oh! Tidak

Polis Tahan 3 Suspek Terbalikkan Myvi Dan Masih Mengesan Mereka Yang Terlibat

Akibat sesuka hati buat keputusan sendiri, pihak polis kini sedang mengesan beberapa orang suspek yang terlibat dalam kejadian terbalikkan sebuah kereta Perodua jenis Myvi malam tadi di Jalan Kota Masai 2, Taman Kota Masai. Johor.

ADVERTISEMENT

BACA: Rider Langgar Lampu Isyarat Dirempuh Tapi Orang Ramai Terbalikkan Kereta Myvi Pula. Kenapa?

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Mohd Sohaimi Ishak yang kini sedang mengesan satu video berdurasi 38 saat ketika insiden berlaku kira-kira jam 9.40 malam, Khamis.

Dalam insiden itu, pemandu kereta dan penunggang motosikal masing-masing berusia 21 tahun dan mengalami kecederaan dan dalam keadaan stabil.

Kekecohan berlaku dan selepas kejadian itu kereta tersebut telah dirosakkan dan diterbalikkan sekumpulan individu tidak dikenali.

Setakat ini, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah, Seri Alam dan Balai Polis Taman Scientex telah berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusi 17 hingga 24 tahun pagi tadi.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika disabit kesalahan boleh didenda RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh dipenjarakan sehingga setahun.

Ketika ini polis sedang giat mengesan baki suspek yang terlibat. Dalam pada itu, turut mengingatkan orang ramai untuk tidak bertindak sendiri ketika melalui apa-apa situasi dan serahkan kepada pihak polis mengikut undang-undang.

Kredit: Sinar Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas