Connect with us

Oh! Media

Polis Siasat Video Raya Promosi Judi Dalam Talian

Trending

Polis Siasat Video Raya Promosi Judi Dalam Talian

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila tular rakaman video klip lagu raya yang dikatakan mempromosikan aktiviti perjudian. Orang ramai meluahkan rasa berang apabila sensitiviti agama dipermainkan sebegitu rupa.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Klip Video Lagu Raya Ajak Orang Ramai Main Judi

Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengesan pelakon dan penerbit yang terlibat dalam video iklan promosi judi dalam talian seperti yang tular.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, satu laporan polis sudah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk menyiasat video berkenaan.

Pada 15 April, terkesan satu video yang tular berdurasi 2 minit dan 1 saat yang didapati mempromosikan judi dalam talian.

Isi kandungan video berkenaan didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Menurutnya, siasatan polis akan menjurus kepada penerbit dan pelakon yang terbabit dalam video tular tersebut.

Ujarnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah judi terbuka.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dihubungi untuk membantu siasatan.

Tambahnya, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan video bagi mengelakkan kegusaran awam.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas