×
Puasa Barakah Bersama
Connect with us

Oh! Media

Tular Klip Video Lagu Raya Ajak Orang Ramai Main Judi

Oh! Tidak

Tular Klip Video Lagu Raya Ajak Orang Ramai Main Judi

Lagu-lagu Raya banyak kali didendangkan apabila tibanya bulan Syawal. Setiap tahun, kita lihat pelbagai lagu raya dicipta untuk memeriahkan suasana hari raya kita dan setiap kali kita mendengarnya juga kita pasti akan terkenangnya ibu bapa kita yang berada di kampung.

Lain pula cerita apabila sebuah syarikat Judi iaitu telah menayangkan klip video raya yang mengajak orang ramai untuk bermain judi. Lebih memalukan, dalam video tersebut dipercayai terdapat orang melayu islam sendiri yang terlibat seperti tidak menghiraukan sensitiviti umat islam.

Tangkapan layar salah satu babak dalam video tersebut.

Memetik laporan mStar, iklan yang dikeluarkan oleh syarikat judi berjudul GDBet333 Hari Raya yang berdurasi 2 minit itu telah dikecam kerana menggunakan pelakon yang dipercayai beragama islam.

Iklan tersebut mengajak orang ramai untuk menggandakan wang mereka dengan menggunakan khidmat syarikat mereka bagi memudahkan orang ramai menyambut hari raya dengan duit yang banyak.

Tangkapan layar salah satu babak dalam klip video tersebut

Video yang telah dimuat naik lebih kurang seminggu yang lepas telah pun dipadam di YouTube oleh kerana telah melanggar garis panduan Komuniti YouTube.

Bagaimanapun, video iklan hari raya berunsur judi itu telah mendapat kritikan dan kecaman daripada orang ramai di laman media sosial dan rata-rata netizen kecewa kerana terdapat pelakon yang dipercayai beragama islam turut terlibat dalam video tersebut seakan-akan tidak malu agama sendiri telah dipergunakan.

Kredit: Mstar

ADVERTISEMENT

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top