Connect with us

Oh! Media

Polis Rampas Kereta Rasmi Kerajaan Yang Dipakai Norhizam

Norhizam

Oh! Tidak

Polis Rampas Kereta Rasmi Kerajaan Yang Dipakai Norhizam

Sebelum ini kami melaporkan yang Datuk Norhizam Hassan Baktee yang merupakan Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka berjanji untuk pulangkan kenderaan rasmi kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

ADVERTISEMENT

BACA : “Saya Simpan Kereta Tu Sebab Marah…” – Norhizam

Menurut laporan Berita Harian hari ini, polis merampas sebuah kenderaan rasmi kerajaan negeri yang didakwa enggan dipulangkan bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) itu.

Pada jam 11.20 pagi semalam, kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam itu dirampas pasukan polis di sebuah tempat letak kereta di Jalan Tun Perak dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali.

Rampasan itu dibuat pihaknya selepas terdapat laporan polis yang mengatakan kenderaan rasmi kerajaan itu disalah guna.

Semalam, polis membuat permohonan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi mengeluarkan waran geledah untuk mengesan dan merampas barang kes.

Kemudian, sepasukan polis merampas Toyota Camry terbabit bersama kunci kereta, kad Touch n Go dan satu kad minyak daripada pemandu rasmi Datuk Norhizam.

Katanya lagi, siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui kenapa kereta tersebut diletakkan di lokasi berkenaan dan apakah kaitan dengan pemilik lot tempat kereta disitu.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top