Connect with us

Oh! Media

Polis Buru Tukang Gunting Rambut Viral

gunting rambut

Oh! Tidak

Polis Buru Tukang Gunting Rambut Viral

Baru-baru ini kecoh di Facebook tentang seorang tukang gunting rambut lelaki yang melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita tempatan.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah pasar raya di Manjoi, Ipoh dan polis sedang memburu suspek. Ketika kejadian, suspek dikatakan sedang menggunting rambut anak mangsa. Suspek kemudian cuba berbual dengan mangsa dalam bahasa Melayu tetapi tidak dipedulikan mangsa. Suspek kemudian terus mengeluarkan kata-kata lucah dan bercakap seorang diri tanda tidak puas hati.

Polis kemudian menerima laporan daripada mangsa yang mengatakan diganggu secara seksual dengan suspek disyaki warganegara India. Kemudian, pemilik FB bernama, Siti Hajar Ghazali kongsi video kejadian dan mendapat perhatian masyarakat umum.

Polis mengesahkan menerima satu laporan polis daripada wanita berkenaan semalam, yang membuat laporan di Balai Polis Jelapang.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan pihak polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan D11, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Asisten Superintendsn (ASP) Yap Siew Cheng, di talian 012-909 3362. – Kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan.

Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas