Connect with us

Oh! Media

Polis Buru Long Tiger, Dipercayai Lari Melalui Pintu Utama Mahkamah?

Trending

Polis Buru Long Tiger, Dipercayai Lari Melalui Pintu Utama Mahkamah?

Seorang lelaki warga Myammar dikenali sebagai Long Tiger dilaporkan telah meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret, Tangkak hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Baru Bebas 2 Hari Lalu, Seorang Bekas Banduan Dijel Lagi 2 Tahun

Memetik laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, prosiding yang dijadualkan bermula pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu peguam bela tertuduh hadir.

Suspek telah diambil oleh pihak polis di penjara Sungai Udang, Melaka semalam untuk perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Jelasnya lagi, pihak polis menerima laporan Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.

long tiger

Beberapa anggota polis yang membawa suspek ke mahkamah menyedari tertuduh sedang cuba melarikan diri apabila melihat dia keluar ke pintu utama mahkamah menuju ke pagar.

Empat anggota polis dan pengawal keselamatan cuba mengejar suspek namun gagal selepas suspek menuju ke semak dan hilang.

Jarak suspek dan anggota polis terlampau jauh menyebabkan dia sukar diberkas. Suspek telah melalui kawasan semak berdekatan bersama gari di tangan. 

Anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi suspek ke mahkamah akan disiasat mengikut Seksyen 233 kerana kecuaian.

Jika mempunyai maklumat, orang ramai boleh menyalurkannya kepada balai polis berdekatan atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9781222, Hotline IPD Tangkak, 06-9785222 atau mana-mana IPD.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas