Connect with us

Oh! Media

‘Plot Twist’ Kaitkan Keluarga Zara Qairina

Ohmedia peguam zara qairina

Oh! Tidak

‘Plot Twist’ Kaitkan Keluarga Zara Qairina

Peguam keluarga Zara Qairina nafi dakwaan jahat dan gesa tindakan undang-undang terhadap individu terlibat.

Kadang-kadang bila satu kes jadi tular, macam-macam cerita keluar sampai ada yang langsung tak masuk akal. Itulah yang terjadi dalam kes kematian tragis adik Zara Qairina, 13 tahun.

Baru-baru ni, peguam yang mewakili keluarga arwah tampil bersuara dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan liar yang cuba kaitkan ibu arwah, Noraidah, dalam insiden tersebut. Melampau sangat orang macam ni.

Dakwaan ‘plot twist’ libatkan ibu Zara Qairina hanyalah fitnah…

Ohmedia zara Qairina

Menurut lima orang peguam yang mewakili keluarga, kenyataan rasmi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar semalam dah cukup jelas untuk buktikan bahawa ‘plot twist’ yang tular sejak beberapa minggu lepas tu hanyalah tuduhan tidak benar.

IKLAN

Pasukan Petugas Khas JSJ Bukit Aman juga telah menemui bukti yang mengesahkan ada kejadian tertentu berlaku sebelum kematian Zara, sekali gus menolak naratif jahat yang cuba menjatuhkan imej keluarga arwah.

Desak tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat…

Ohmedia ibu bapa zara qairina

Peguam keluarga arwah turut mendesak supaya individu-individu yang menyebarkan fitnah liar ini dikenakan tindakan di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Mereka menegaskan, kalau langkah ini diambil, proses inkues tak perlu dilakukan lagi. Tapi kalau bukti sedia ada masih tak cukup kukuh untuk sabitkan kesalahan di bawah seksyen tersebut, siasatan perlu diteruskan bagi mengukuhkan keterangan yang ada.

Pssttt! Korang, bila sesuatu kes jadi viral, jangan cepat percaya dengan cerita yang belum tentu sahih. Fitnah bukan saja boleh rosakkan reputasi seseorang, tapi juga beri kesan emosi yang teruk pada keluarga mangsa. Oh! Media nasihatkan, biarlah pihak berkuasa jalankan siasatan dan kita tunggu fakta sebenar sebelum buat kesimpulan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas