Connect with us

Oh! Media

“Play Victim Sampai Bila Nak Berjaya?”- Nurul Zahid Sekolahkan Netizen Selepas Dikecam

nurul zahid

Trending

“Play Victim Sampai Bila Nak Berjaya?”- Nurul Zahid Sekolahkan Netizen Selepas Dikecam

Sudah masuk hari kedua kes mengenai pensyarah wanita mengherdik pelajarnnya yang tidak mempunyai wang untuk membeli komputer riba menjadi bualan ramai di serata platform media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: “Pendapat Saya, Pensyarah Tu Tak Hina B40 Pun, Dia Kata Macam Tu Sebab Terlalu Kecewa”

Akibat viral sekelip mata, perkara ini telah mendapat perhatian ramai, malah anak kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi iaitu Nurulhidayah Ahmad Zahid turut memberi pandangannya, dimana beliau merasakan ia bukanlah salah pensyarah itu.

Selepas menyuarakan pandangnya di Instagram, Nurulhidayah teruk dikecam netizen hingga libatkan hal-hal politik.

Tidak mendiamkan diri, wanita tersebut membalas kecaman netizen dengan memuat naik sebuah status di Insta Story seakan kecewa dengan respon yang diterima dari orang ramai, dimana dia anggap sangat biadap.

Lihat pada status terbabit, beliau berkata jika seseorang itu ingin berkata-berkata, perlulah dipenuhi dengan fakta, bukannya berkata-kata sambil mengikut emosi.

nurul zahid balas kecaman netizen

Dalam pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan sikap netizen yang sering kali play victim dan merasakan seseorang tidak akan berjaya jika mempunyai sikap seperti itu.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas