Connect with us

Oh! Media

“Pendapat Saya, Pensyarah Tu Tak Hina B40 Pun, Dia Kata Macam Tu Sebab Terlalu Kecewa”

Cover Photo Om 1200 X 675   2022 03 30t143504937

Trending

“Pendapat Saya, Pensyarah Tu Tak Hina B40 Pun, Dia Kata Macam Tu Sebab Terlalu Kecewa”

Anak kepada Presiden UMNO, Nurul Hidayah Ahmad Zahid memberi pendapat peribadinya berhubung isu tular membabitkan seorang pensyarah dan pelajar.

BACA: “Pasal Itu Aku Tak Boleh Duduk Dengan B40” – Pensyarah Dikecam Hina Pelajar

Menurut Nurul Hidayah, profesor berkenaan mungkin marah kerana pelajar masih tidak mempunyai laptop meskipun sudah berada di semester kelima.

IKLAN

Katanya, walaupun susah, sebagai seorang pelajar dia perlu bertanggungjawab dan meletakkan perkara sepatutnya sebagai keutamaan.

Saya ni ada jugak pensyarah yang saya tak suka tapi takda la sampai nak aibkan pensyarah. Dah dia pensyarah dia marah la student yang dia rasakan tak ambik serius dan ambik mudah dalam hal pembelajaran.

Tambah beliau lagi, pelajar itu sepatutnya menjadikan rasa sedih dan kecewa sebagai pembakar semangat bukannya mengaibkan pensyarah sendiri.

Beliau secara peribadi berpendapat pensyarah berkenaan tidak menghina golongan B40, apa yang diperkatakan adalah kerana terlalu kecewa.

Dan ramai juga yang buat part time kerja untuk beli laptop. Ramai jer yang boleh bantu belikan laptop – NGO, wakil2 kerajaan, ADUN, wakil rakyat.

Ujarnya, ramai golongan B40 yang berjaya dengan usaha dan kesungguhan yang mendalam.

Kredit: Instagram nurul.zahid

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas