Connect with us

Oh! Media

Pesakit Cacar Monyet Wajib Kuarantin Selama 21 Hari

kuarantin 21 hari

Trending

Pesakit Cacar Monyet Wajib Kuarantin Selama 21 Hari

Sebelum ini, Oh! Media ada melaporkan penyakit cacar monyet sudah tersebar luas di 15 buah negara. Terbaru, Belgium menjadi negara pertama di dunia yang mewajibkan pesakit cacar monyet untuk kuarantin selama 21 hari.

ADVERTISEMENT

BACA: Penyakit Cacar Monyet Kini Merebak Ke 15 Negara

Menerusi laporan Kosmo, Kumpulan Penilaian Risiko Belgium (RAG) menyatakan, mereka yang dijangkiti perlu menjalani tempoh pengasingan selama tiga minggu, sehingga kudis di badan pulih.

Tempoh inkubasi selama 21 hari

Waspada RI! Virus Cacar Monyet Sudah Sampai Negara Tetangga
Cacar Monyet: Gejala dan Cara Mencegah Penyakit Ini - Alodokter

Bagi sesiapa yang memiliki gejala seperti demam, sakit kepala dan semua gejala yang membawa kepada cacar monyet, perlulah segera dapatkan khidmat nasihat perubatan.

Tempoh inkubasi buat penyakit ini adalah selama 21 hari. Jadi, orang ramai perlu berwaspada jika ada melakukan kontak rapat bersama mereka yang sudah menghidap penyakit ini.

Ketua Penasihat Perubatan Agensi Keselamatan Kesihatan (UKHSA), Dr. Susan Hopkins mengatakan, jangkitan komuniti untuk wabak ini lebih tertumpu di kawasan bandar.

Ia kebanyakan menyerang individu gay atau biseksual, atau lelaki yang melakukan hubungan seksual sesama jantina.

Keadaan ini disebabkan oleh kontak rapat yang sering berlaku sesama mereka. Jadi, sesiapa yang kerap menukar pasangan atau mempunyai kontak rapat dengan individu yang tidak dikenali, mereka perlu melaporkan jika terdapat sebarang gejala pada kulit.

Penyakit ini juga boleh dijangkiti melalui sentuhan pada luka pesakit, titisan pernafasan ataupun memegang pada objek tercemar seperti tuala dan katil.

Oleh itu, ahli keluarga dan petugas kesihatan merupakan golongan yang berisiko untuk dijangkiti kerana mereka melakukan interaksi bersemuka dalam tempoh yang lama, dan dikategorikan sebagai kontak rapat.

Makin lama makin banyak pula penyakit yang berbahaya wujud kan? Semoga kita semua dilindungi daripada penyakit ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas