Connect with us

Oh! Media

Perniagaan Wanita Ini Disihir, Sushi Baru Buat 3 Jam Dah Berulat

Oh! Tidak

Perniagaan Wanita Ini Disihir, Sushi Baru Buat 3 Jam Dah Berulat

Apabila kita menceburi bidang perniagaan, sudah pasti kita perlu bersaing dengan peniaga-peniaga lain yang turut sama mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

ADVERTISEMENT

BACA: Akibat Dengki Dalam Perniagaan, Remaja Wanita Cedera Ditikam Dengan Kunci Kereta

Tetapi, kita perlulah bersaing secara sihat sesama peniaga dan janganlah pula kita gunakan ilmu hitam untuk menghancurkan perniagaan orang lain.

Sushi baru buat 3 jam dah berulat

Itulah yang berlaku terhadap seorang peniaga yang dikenali sebagai Ain Atiqah yang mendakwa perniagaannya disihir oleh seseorang.

@puansushi Ujian setiap orang lain2, aku xsangka aku pon diuji begini. Hanya niaga makan tapi ujian begitu hebat moga mereka yang diuji kuat untuk bangkit #realitiberniaga #ujianhidup #sayajualsushi #sushimuslim #sushimelaka #sushihalal ♬ original sound – Eii

Menerusi video yang dimuat naik Ain Atiqah di akaun TikToknya, dia yang berniaga makanan jepun, sushi memaklumkan bahawa sushi yang baru sahaja siap untuk dijual akan berulat. Bukan itu sahaja, dia turut jatuh sakit dan pekerjanya juga pernah dirasuk makhluk halus akibat daripada perbuatan terkutuk itu.

Allah uji hambaNya yang mampu

Perkongsian Ain Atiqah ini mendapat perhatian dari warganet. Rata-rata mereka mendoakan agar Ain terus tabah menghadapi ujian perniagaan ini.

Dah tahun 2022 dah pun, masih ada lagi yang nak dengki dengan perniagaan orang lain. Apa salahnya kita ni berniaga sama-sama dan bersaing secara sihat.

Kredit: TikTok puansushi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas