Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Setuju Berikan Bantuan Wang Tunai RM1,000 Kepada Mangsa Kebakaran Rumah

kebakaran

Oh! Tidak

Perdana Menteri Setuju Berikan Bantuan Wang Tunai RM1,000 Kepada Mangsa Kebakaran Rumah

Belum lagi reda dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri dan kawasan, kita dilaporkan pula dengan kejadian kebakaran di Flat Sri Johor, Cheras.

ADVERTISEMENT

BACA: 8 Rumah Di Flat Sri Johor Musnah Terbakar

Bersimpati dengan nasib 8 keluarga yang kehilangan rumah dan harta benda, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju untuk menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM1,000.

Bukan itu sahaja, mangsa juga akan menerima rumah baharu yang akan disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Seperti yang saya umumkan di Selangor pada pagi tadi mengenai bantuan kepada mangsa bencana, kebakaran juga adalah bencana.

Jadi kita akan memberikan juga RM1,000 untuk setiap mereka yang terbabit. Ada lapan unit semuanya yang terbabit dengan kebakaran ini. Semuanya di tingkat empat sahaja dan tidak berlaku di tingkat tiga. Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Shahidan Kassim) dan Datuk Bandar (Datuk Mahadi Che Ngah) akan menyediakan rumah yang baharu untuk mereka pindah.

Pihak bomba dalam pada itu turut melakukan pemeriksaan di 32 kediaman keluarga lain di tingkat 3. Jika tiada apa-apa perkara mencurigakan dan bahaya, semua keluarga boleh kembali ke rumah masing-masing.

Setakat ini, pihak bomba percaya kebakaran berpunca daripada kebocoran gas. Semoga semua yang terlibat dengan kebakaran ini tabah dan terus kuat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas