Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Bakal Umum Bantuan Banjir ‘Esok’

perdana menteri

Trending

Perdana Menteri Bakal Umum Bantuan Banjir ‘Esok’

Ramai penduduk terkesan dengan banjir yang berlaku di Terengganu dan Kelantan dalam beberapa hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob dijangka akan mengumumkan bantuan kepada mangsa banjir pada hari esok, sekaligus melawat negeri pantai timur tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Perubahan Iklim, Kekacauan Atmosfera Punca Berlaku Banjir Besar Di Pantai Timur?

Menerusi laporan Kosmo, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad, Menteri Tugas-Tugas Khas menjangkakan pengumuman yang bakal dibuat terlibat dengan bantuan wang insan dan insentif lain.

Notis kesiapsiagaan banjir dikeluarkan

perdana menteri

Bagi menjawab soalan berkaitan langkah drastik untuk menangani banjir, Abdul Latiff mengatakan notis kesiapsiagaan banjir telah pun dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (MDCC).

Notis itu dikeluarkan kepada kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah selain menerima maklum balas positif daripada pelbagai agensi.

Semua kita tahu kemuncak pemindahan mangsa banjir adalah antara 26 hingga 28 Februari, tetapi kerana bekerjasama dengan Jabatan Mateorlogi, maklumat dapat disampaikan awal kepada negeri dan daerah.

Maklumat yang dikeluarkan awal itu dikatakan mampu melakukan langkah bersiap sedia untuk menangani banjir dengan suasana yang tenang.

Semoga pengumuman bantuan yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri dapat meringankan beban mangsa banjir di Pantai Timur.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas