Trending
Pelawak Ini Ditahan Polis Disyaki Rogol Seorang Gadis
Seorang pelawak yang juga bekas peserta program realiti komedi tempatan mencetuskan kontroversi apabila ditahan polis atas dakwaan merogol seorang gadis berusia 20-an di Johor Bahru.
Menurut laporan Kosmo, tangkapan itu berlaku pada pagi tadi dan kini kes itu sedang hangat menjadi bualan ramai.
Pelawak ditahan di Johor

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah ditahan di sekitar Bandar Raya Johor Bahru selepas laporan dibuat oleh mangsa dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.
Suspek kini direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 2 Disember untuk membantu siasatan lanjut.
Siasatan Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan merogol. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Muhammad Fitri Mokhtar, bagi memastikan siasatan berjalan lancar.
#OhmediaNasihat
Kes seperti ini menjadi peringatan kepada kita semua untuk sentiasa berwaspada, terutama dalam menjaga keselamatan diri dan orang tersayang. Jika menghadapi situasi mencurigakan, segera dapatkan bantuan dan laporkan kepada pihak berkuasa. Ingat, tiada siapa yang berhak mengambil kesempatan atas diri anda!

[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM