Connect with us

Oh! Media

Penyampai Radio Berdepan Detik Cemas, Rumah Terkena Tembakan

Trending

Penyampai Radio Berdepan Detik Cemas, Rumah Terkena Tembakan

Rumah kepada seorang penyampai radio terkena tembakan awal pagi tadi di Seri Aman Heights, Desa Jaya. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, Pusat Kawalan Daerah IPD Gombak menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada seorang lelaki pada jam 1.50 pagi memaklumkan terdengar bunyi letupan di luar rumah dan terdapat kesan berlubang pada pintu kayu hadapan rumah.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ke tempat kejadian bersama Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk menjalankan siasatan.

Siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat satu kesan lubang pada pintu kayu hadapan rumah dan kesan terkena peluru pada dinding ruang tamu.

Turut dijumpai satu serpihan besi iaitu serpihan anak peluru di bahagian ruang tamu rumah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 iaitu kesalahan melepaskan tembakan selain dari tempat yang dibenarkan.

Motif atau punca kejadian masih dalam siasatan.

Usaha mengesan suspek masih diteruska

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas