Connect with us

Oh! Media

Wanita Maut Selepas Bantu Mangsa Kemalangan, Dirempuh ‘King Highway’

Dirempuh

Trending

Wanita Maut Selepas Bantu Mangsa Kemalangan, Dirempuh ‘King Highway’

Seorang wanita bersama seorang lelaki dirempuh oleh sebuah kereta di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) malam tadi. Apa kes ni?

ADVERTISEMENT

BACA : Budak 3 Tahun Lari Ke Tengah Jalan Maut Dirempuh Kereta

Menurut laporan Harian Metro, wanita berkenaan bersama seorang lagi lelaki itu pada awalnya ingin membantu mangsa kemalangan disana, kemudian bertukar tragedi apabila dia dirempuh sebuah Perodua Myvi dan menyebabkan maut. 

Siasatan awal mendapati terdapat sebuah Proton Saga yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di tempat kejadian. 

Kemudian, wanita berkenaan yang memandu kereta jenis Nissan Almera berhenti untuk memberikan bantuan dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salle

Tiba-tiba datang Perodua Myvi berwarna unggu yang dipandu seorang lelaki merempuh kedua-dua mangsa yang sedang memberikan bantuan sehingga menyebabkan wanita itu maut di lokasi sementara seorang lelaki parah sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Kesiannya, niat dah baik tapi lain pula jadinya. Apapun, semoga kita semua berhati-hati ketika memandu di jalanraya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas