Connect with us

Oh! Media

Penjenayah Dikehendaki Polis Maut Ditembak, Ada 24 Rekod Lampau Termasuk Narkotik

penjenayah

Oh! Tidak

Penjenayah Dikehendaki Polis Maut Ditembak, Ada 24 Rekod Lampau Termasuk Narkotik

Suspek kes jenayah dikehendaki polis maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Jalan Jeram Pasu, Kelantan, awal pagi Jumaat.

Memetik laporan Sinar Harian, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan bekerja sebagai penarik kereta itu mempunyai 24 rekod lampau termasuk 17 kes jenayah serta tujuh kes berkaitan narkotik.

IKLAN

Penjenayah cuba cabut lari

penjenayah

Ketika kejadian suspek 31 tahun, cuba melarikan diri dengan memecut kenderaannya selepas dikejar oleh pihak polis dalam operasi cegah jenayah di Melor.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek bertindak agresif dengan keluar dari kenderaannya dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis, memaksa polis mempertahankan diri.

Lelaki itu terkena tembakan polis yang terpaksa mempertahankan diri. Pemeriksaan dilakukan suspek mati di tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan polis menemukan beberapa senjata, termasuk sepucuk pistol semi auto, pistol tiruan, dan sebilah parang.

Polis jumpa bungkusan ‘tembakau’ dalam kereta

polis

Selain itu, terdapat satu bungkusan tembakau yang dipercayai akan diseludup ke penjara.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk tindakan lanjut, dan pihak polis akan terus menyiasat jika terdapat individu lain yang terlibat dalam kes ini.

penjenayah

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas