Connect with us

Oh! Media

kakak asif

Oh! Tidak

Kakak Dakwa Bapa Salah Guna Gaji Asif Suhaimi Beli Dadah, “Pening Kuda Dalam Bilik, Main Spin!”

Kakak kepada pelakon Youtube Asif Suhaimi menafikan dakwaan telah ‘songlap’ duit gaji hasil kerja keras adiknya.

BACA: “Banyok Pengorbanan Mi” – Ucapan Asif Buat Syahmi Sazli, Tak Sangka Menang Anugerah

IKLAN

Menerusi satu hantaran di Facebook, Siti Nurul Atina mengaku dia hanya memberikan RM4,000 daripada keseluruhan bayaran kepada bapanya. Baki RM3,000 disimpan untuk kegunaan Asif sendiri.

Kakak Asif dah hilang sabar dengan bapak sendiri

asif suhaimi

Dakwa Atina, dia mempunyai sebab mengapa berbuat demikian. Mengejutkan apabila Atina mendakwa bapanya menyalah gunakan duit Asif dengan membeli dadah dan berjudi.

Betul. Syahmi ada buat bayaran RM 7000 dan Kak Tina bank in duit hanya RM 4k dekat abah dan baki RM 3k lagi untuk simpanan Asif. Kenapa??? Kenapa tak bagi je abah 100%? Why? Kalau tanya jiran sekeliling, anak beranak, sepupu sepapat, semua tahu abah ni macam mana. Dan Syahmi & Nissa pun ada nasihat suruh simpan jugak saving untuk Asif.. Sebab tahu doh kalau bulih ko Suhaimi memang takkan nampak hasil. Hasil dio gak duk pening dengan kudo dalam bilik duk main spin!

Tak mampu lagi menjaga aib, Atina berkata semakin dibiar perangai bapanya semakin menjadi-jadi. Malah Asif sendiri pernah mengadu melihat bapanya ambil dadah dan berjudi di dalam bilik di depan matanya.

Asif mengadu pernah nampak

bapa asif dadah

Kakak sulung Asif ini berkata lagi, dia ada bukti merakam Asif mengadu hal itu kepadanya. Atina turut menjelaskan sebahagian duit gaji Asif diberi kepada sepupu Asif secara senyap-senyap untuk tujuan makanan seharian Asif.

Kalau dia tahu memang dia akan tekan-tekan mintak duit dengan sepupu aku tu. Dan kalau duit yang aku kirim dekat bapak aku untuk beli barang dapur memang tak akan jadi barang dapo. Korang paham-paham lah labu. Resit payment Syahmi ni pun dia baru terjumpa dalam bilik adik Kak Tina. Dia selongkar habis paham-pahamlah kenapa.

Malah, isu yang melibatkan Syahmi pada tahun 2019 didakwa berpunca daripada bapanya juga. Bapanya dikatakan mengugut Asif untuk bercakap hal yang tak benar.

Jelasnya lagi, Asif memang tinggal bersama bapanya dan dia akan mengambil Asif seminggu dua kali untuk bermalam dengan syarat membayar sejumlah wang kepada bapanya.

Perkongsian penuh:

kakak asif
asif

Kredit: Siti Nurul Atina

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas