Connect with us

Oh! Media

Pengawal Peribadi Ditembak Masih Belum Sedarkan Diri, Polis Nasihat Hafizul Harawi Serah Diri

hafizul harawi

Oh! Tidak

Pengawal Peribadi Ditembak Masih Belum Sedarkan Diri, Polis Nasihat Hafizul Harawi Serah Diri

Hafizul Harawi, serahlah diri kepada polis. Di saat kita fokus meraikan hari raya ke-5, berlaku pula kejadian tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 awal pagi semalam. Lebih mengejutkan apabila suspek lelaki itu adalah orang Melayu Islam dan mencuba untuk menembak isterinya yang baru pulang mengerjakan Umrah.

ADVERTISEMENT

Cubaan suspek bagaimanapun gagal kerana tembakannya terkena pengawal peribadi yang kini cedera parah dan masih belum sedarkan diri.

Isteri suspek akui masih trauma dan terkejut kejadian berlaku depan mata…

Perkara itu disahkan oleh isteri suspek, Farah Md Isa atau Farah Cie di Facebook yang berkongsi perkembangan mangsa dikenali sebagai, Along.

Mohon maaf mesej bertalu tidak terbalas. Masih trauma kejadian di depan mata. Sekarang pengawal peribadi Farah masih tidak sedarkan diri.

Sama-sama kita doakan kesembuhan Along sihat sedia kala. Amin.

Polis minta Hafizul Harawi serahkan diri…

Suspek pula dikenali sebagai Hafizul Harawi dan pihak polis menasihatkannya untuk serahkan diri secara sukarela.

Serahlah diri secara aman. Apa yang berlaku (tembakan) pagi tadi telah pun berlaku, apa yang akan berlaku selepas ini tidak akan dapat membetulkan insiden pertama tadi.

Suspek kini dikenal pasti sebagai bersenjata dan berbahaya. Disebabkan itu, pihak polis meminta bantuan orang awam jika terlihat kelibat suspek untuk berkongsi maklumat tetapi jangan membuat tindakan sendiri.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas