Connect with us

Oh! Media

“Penduduk Taman Sri Muda Tak Boleh Tidur” – Tiada Ban Pecah Tetapi…

sri muda

Trending

“Penduduk Taman Sri Muda Tak Boleh Tidur” – Tiada Ban Pecah Tetapi…

Baru-baru ini telah berlaku banjir buruk di sebuah taman perumahan di Sri Muda, Shah Alam yang membuatkan semua penduduk tak boleh tidur kerana takut memikirkan tragedi Disember tahun lalu berulang kembali.

ADVERTISEMENT

BACA: Aktiviti Pecah Masuk Kedai Semakin Menjadi-Jadi Di Taman Sri Muda, Licin Dikerjakan Pencuri

Menerusi laporan Kosmo, Norazam Khamis, Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor mengatakan tiada ban pecah di sekitar kunci Taman Sri Muda itu tetapi air Sungai Klang melimpah dari tebing kawasan tersebut dalam jam 7 malam, semalam.

Ban di sekeliling kunci air berdekatan sungai tersebut tidak pecah seperti yang berlaku pada minggu lalu.

Trend air mula menurun bermula pukul 9 malam tadi.

sri muda

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V. Ganabatirau sebelum ini pernah melawat kawasan tersbeut dan berharap agar pihak Jabatan Pengairan dan Saliran dapat meningkatkan fungsi pam dan kunci air namun, masih tiada apa-apa berlaku.

Semalam masyarakat Taman Sri Muda semua tidak boleh tidur kerana risau jika perlu sekali lagi melalui tragedi banjir seperti bulan Disember tahun lalu.

Semoga banjir di kawasan-kawasan yang terlibat akan kembali surut dan penduduk dilindungi dari terkena musibah yang lebih besar.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas