Oh! Tidak
Pendakwah Selebriti Didakwa Atas 8 Kes Amang Seksual Remaja Lelaki
Pendakwah selebriti didakwa atas 8 kes amang seksual remaja lelaki. Kes berlaku di Pulau Pinang dan Kedah.
Pendakwah selebriti yang sebelum ini dikaitkan dengan kes amang seksual terhadap remaja lelaki akhirnya disahkan sudah didakwa di mahkamah.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.
Menurut beliau, pihak polis menerima lapan laporan membabitkan pendakwah berkenaan dengan tujuh kes berlaku di Pulau Pinang dan satu di Kedah.
BACA: Nurul Izzah Dedah Pendakwah Selebriti Lakukan Amang Seksual!
Mangsa berusia 13 hingga 16 tahun…
Kes amang seksual membabitkan pendakwah selebriti itu di Pulau Pinang dalam perbicaraan ketika ini. Semua mangsa adalah remaja lelaki berusia antara 13 sehingga 16 tahun.- Kata Siti Kamsiah.
Tambahnya, semua pertuduhan terhadap pendakwah tersebut telah dibuat bermula tahun 2023 sehingga tahun ini.
Terdahulu, Nurul Izzah Anwar mendedahkan perkara ini menerusi hantaran di Facebook dan mendakwa pendakwah berkenaan menggunakan pendekatan agama sebagai helah untuk mendekati mangsa.
Pendakwah selebriti didakwa ugut untuk saman keluarga mangsa…
Pada usia yang mentah, di saat seorang anak melihat orang dewasa sebagai pemimpin dan pembimbing, hadir seorang ustaz selebriti yang dikenali ramai, mendekatinya dengan janji mahu membimbingnya ke jalan agama.
Dia gunakan minat mangsa terhadap nasyid, namun rupa-rupanya hanyalah helah untuk satu niat keji. Ustaz itu datang ke rumah dan memujuk remaja itu untuk mengikutnya ke negeri lain dengan menonton persembahan nasyid.- Katanya.
Menurut Nurul Izzah, pendakwah selebriti terbabit tidak berdiam diri, malah bertindak menyaman keluarga mangsa dan meminta mereka membuat permohonan maaf secara terbuka.
Nurul Izzah turut menyatakan komitmennya untuk terus melindungi mangsa dan percaya bahawa keadilan akan berpihak kepada yang benar.
Pssttt! Ohmedia harap korang jangan terlalu cepat percaya hanya kerana seseorang itu berpakaian alim atau dikenali ramai. Orang yang jahat tak semestinya nampak jahat. Sentiasa pantau anak-anak kita dan beri mereka ruang untuk bercakap kalau ada perkara yang tak kena. Lindungi mereka sebelum terlambat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
