Trending
Nurul Izzah Dedah Pendakwah Selebriti Lakukan Amang Seksual!
Satu pendedahan mengejutkan dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, melibatkan kes amang seksual seorang pendakwah selebriti terhadap seorang remaja perempuan yang masih bersekolah.
Menurut laporan Sinar Harian, Nurul Izzah berkata yang kejadian itu berlaku apabila mangsa dipujuk mengikut suspek ke sebuah negeri lain atas alasan mahu menonton persembahan nasyid.
Remaja itu percaya kepada suspek kerana menganggapnya sebagai tokoh agama. Namun, pada malam kejadian, suspek dikatakan melakukan perbuatan berkenaan di sebuah bilik hotel.
Mangsa trauma angkara pendakwah selebriti!

Lebih menyayat hati, mangsa dilaporkan mengurung diri dalam tandas selama lima jam kerana terlalu takut, sebelum melarikan diri selepas suspek tertidur dan menghubungi keluarga.
Namun, menurut Nurul Izzah, lebih mengejutkan apabila keluarga mangsa dimaklumkan bahawa sudah ada beberapa laporan polis terdahulu terhadap suspek, tapi tiada tindakan tegas diambil.
Persoalannya, mengapa tiada tindakan diambil sebelum ini?
Lebih memilukan, keluarga mangsa yang berasal dari kelompok B40 kini berdepan tekanan tambahan apabila disaman oleh suspek atas dakwaan memfitnah dan diminta memohon maaf secara terbuka di media.
“Saya akan pastikan keadilan ditegakkan” – Nurul Izzah

Menurut Nurul Izzah, mangsa kini mengalami trauma yang serius dan memerlukan rawatan berkala. Pelajarannya juga turut terjejas akibat kejadian itu.
Beliau menegaskan bahawa pihaknya akan terus memberi bantuan guaman dan kebajikan kepada keluarga mangsa, dan berjanji akan memastikan keadilan ditegakkan.
Saya akan pastikan mangsa dilindungi dan keadilan ditegakkan.
Pssttt! Jangan biarkan gelaran atau pengaruh menjadi sebab untuk seseorang kebal undang-undang. Lindungi anak-anak, beri mereka ruang untuk bersuara dan jangan sesekali anggap perkara sebegini remeh. Keadilan bukan milik mereka yang berkuasa sahaja.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM