Connect with us

Oh! Media

Pendakwah Selebriti Ditahan Bagi Bantu Siasatan Berhubung Kes Rogol

Trending

Pendakwah Selebriti Ditahan Bagi Bantu Siasatan Berhubung Kes Rogol

Seorang pendakwah selebriti disyaki merogol seorang wanita yang merupakan kenalan di media sosial telahpun ditangkap pihak polis pada pukul 11 malam tadi. Suspek hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberi keterangan berhubung laporan polis daripada mangsa pada Rabu lalu.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Sahat mengatakan yang suspek didakwa merogol wanita yang berusia 23 tahun itu di Studio I-Soho, Shah Alam dan kejadian dikatakan berlaku pada 11 September tahun lepas.

Pada awalnya, mereka baru saja saling mengenali melalui Instagram sebelum keluar untuk membuat perbincangan berkenaan masalah mangsa yang kemurungan dengan kaedah perubatan islam.

Suspek telah membawa mangsa makan di kedai makan di kawasan Batu 3, Shah Alam dan selepas makan, mangsa telah dibawa ke rumah saspek di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan bagaimana boleh keluar dari penyakit kemurungan.

Mangsa telah dirogol oleh suspek dan mangsa tidak terdaya hendak melawan serta tidak tahu cara mahu keluar dari tempat tersebut

Esoknya selepas kejadian, suspek memberi amaran kepada mangsa untuk merahsiakan kejadian yang berlaku dan mangsa akan sentida dipantau. Selepas itu, suspek terus bawa mangsa ke lobi sebelum mangsa pulang ke rumah sewa di Subang Jaya dengan menaiki Grab.

Pada 23 September tahun lepas pula, mangsa dimasukkan ke Hospital Kajang kerana mengalami tekanan perasaan dan dirujuk ke rawatan psikiatri.

Pada Oktober 2019, mangsa telah balik ke rumah keluarga di Triang, Pahang serta telah mendapat rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan ditahan di wad psikiatri selama lima hari.

Pihak Hospital Temerloh telah mengatakan mangsa telah mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat dari kejadian tersebut dan sehingga laporan polis ini dibuat, mangsa masih menerima rawatan susulan di hospital yang sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan saspek yang ditahan di lokap IPD Shah Alam akan direman pagi ini untuk membantu siasatan lanjut.

Kredit: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis

+ Baca respon pembaca pendakwah bebas ditahan polis tuduhan merogol di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas