Connect with us

Oh! Media

Pencuri Berkicap Kena Belasah Lepas Rembat Barang Kemas

pencuri barang kemas

Oh! Tidak

Pencuri Berkicap Kena Belasah Lepas Rembat Barang Kemas

Taktik pencuri pura-pura ingin membeli barang kemas sebelum melarikannya tewas apabila dia dicekup orang awam.

ADVERTISEMENT

BACA: Pasangan Mengaku Bersalah Curi Gelang Emas, Bakal Beraya Di Penjara

Menerusi video tular di media sosial, suspek dilihat berkicap selepas berjaya dipegang tiga orang lelaki. Seorang wanita dipercayai mangsa curi pula merakam wajah suspek dari jarak dekat.

Kredit: X abudialsagoff

Dalam video itu orang awam dilihat mencari barang kemas untuk dijadikan bukti kepada pihak polis. Sempat lagi tu suspek nak tarik barang kemas daripada mangsa curi, memang kena la sedas!

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora mengesahkan kejadian berlaku di Plaza Kota Tinggi Johor pada Isnin lalu.

Ketika kejadian suspek berpura-pura ingin membeli barang kemas tersebut sebelum melarikan diri.

Dua barangan kemas yang dicuri suspek iaitu rantai emas bernilai RM8,000 dan RM15,000 telah dirampas pihak polis untuk siasatan lanjut.

Suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Kota Tinggi pada Selasa serta dijatuhkan hukuman penjara enam bulan.

Suspek sebelum ini mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan dua kes curi di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan saringan air kencing negatif dadah.

Tonton video penuh:

Kredit: Sinar Harian | X abudialsagoff

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas